Monday, 30 May 2011

Iqra'! Bolehkah kita jadi macam dia?

Entry kali ni aku bawakan satu petikan daripada laman web http://www.zaharuddin.net/ mengenai pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary, sebagai seorang usahawan yang berjaya pada hari ini..Walaupun dah dkt empat tahun petikan ini ditulis tapi aku harap ianya dapat dijadikan pedoman dan inspirasi buat semua pengusaha arnab atau pencinta arnab...Selamat membaca..
Adakah Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary Kaya Melalui Cepat Kaya ?
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal. 

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.
 

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
 
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
 

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.
 

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
 

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.
 

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.
 

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.
 

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
 

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.
 

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
 

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
 
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.
 

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
 

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.clap
KOMEN RINGKAS SAYA
1) Jelas dari info yang dinyatakan di atas. Keuntungan yang dihasilkan benar-benar atas kerja dan usaha yang tidak mudah serta memakan masa. Ia tidak bersifat cepat kaya.
2) Jelas juga kelihatan tender dan projek kerajaan adalah antara pendorong dan pembantu utama usahwan bumiputra seperti beliau untuk mencapai kedudukan sekarang. Saya pernah bertugas sebagai Shariah Consultant di sebuah syarikat Bumiputra dalam industri pembuatan, iaitu Ingress Corporation Berhad.
Syarikat ini adalah sebuah syarikat bumiputra contoh yang cukup dinamik dan energetic kerana tidak begitu banyak bergantung kepada tender kerajaan sahaja, tetapi meluaskan empayar ke Thailand, Indonesia dan lain-lain melalui kualiti tanpa 'bodek' politik mahupun rasuah. Benar, peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk usahawan Bumiputra jangan diabaikan selagi ia halal.  
3) Saya tidak nafikan, realiti di zaman ini memang sukar untuk berjaya di dalam bisnes yang besar-besar khasnya kecuali terdapat unsur-unsur tidak sihat seperti rasuah, tender tertutup, kabel orang dalam, kabel politik dan lain-lain.
Bagi mereka yang rasa diri terjebak atau ragu-ragu, salah satu tindakan terbaik adalah memperbanyakkan derma, sedeqah dan bantuan kepada masyarakat awam sebagaimana yang ditunjukkan model Yayasan Al-Bukhary. Sudah tentu saya tidak mengatakan beliau terlibat dengan apa-apa yang tidak sihat, cuma yang ingin saya tegaskan adalah perlunya usahawan Islam yang berjaya melakukan usaha seperti Yayasan kebajikan begini kerana ia memang menjadi pembersih kepada harta-harta syubhat dan haram serta mampu menaikkan keberkatan dalam pendapatan harta.
4) Dari kisah di atas juga kelihatan, sijil universiti bukan satu-satunya masa depan buat para pelajar. Hanya sekadar SPM (tapi SPM di zaman Tan Sri sebenarnya sememangnya sudah sangat hebat) seseorang masih boleh maju kehadapan.
5) Semua harta ini bukanlah menjadi milik kita selamanya, nikmatnya akan terhenti sejurus kematian menjelma kecuali bagi sesiapa yang bijak menggunakannya untuk alam akhirat.
6) Jadikan kisah di atas sebagai panduan dan motivasi diri untuk memberi manfaat kepada umat Islam yang lain.
Hari ini, saya meneliti permohonan pembiayaan Islam oleh sebuah syarikat milik bukan Islam. Syarikat ini menyediakan tin, dan bahan makanan dalam tin, susu dan lain-lain. Ia disahkan sebagai produk halal dan telah mendapat tempahan dari seluruh dunia terutamannya negera-negara umat Islam seperti UAE, Syria, Yemen, Qatar, Saudi, Iran, Sudan dan lain-lain. Betapa bersungguhnya mereka dalam kerjaya dan memohon pembiayaan Islam pula.
Tidak dinafikan, terdetik hasrat untuk melakukan yang sama demi membantu umat Islam dan masyarakat Islam disamping memperbanyakkan peluang pekerjaan buat umat Islam. Mari bersama saya menubuhkan sebuah Pasaraya Besar Islam yang halal, anda minat menjadi rakan kongsi dan melabur? :) Ia adalah satu peringatan ini buat diri saya sebenarnya.  
Sekian, sekadar ulasan ringan di waktu kesibukan yang amat kini.
Zaharuddin Abd Rahman
9 Julai 2007

Monday, 23 May 2011

Cage C n C by Joe n Juju

Yg dua bekas merah besar tuh (sblh kiri) tmpat membuang..

Siap dgn hammock sekali..

Meriahnya GP ni sume..
Ni la cage jenis CnC made by Joe n Juju..cage mcm ni kena modal lbh sket tp bebaloi la kalau sume GP dpt hidup aman damai..hehehe..Dorg ni mmg kreatif la..Slalunya cage mcm ni kite leh tgk kat website atau blogger   dr barat n eropah..So kpd yg nak wat camni..amat2 dialukan..hehehe..

Friday, 20 May 2011

New members in Muzbunnyncavyfarm..

Yang ni Mary, doe..

Bab makan tak tolak tepi depa ni..
Ni la antara wajah kesayangan hamba selain anak2 hamba..hehehe.. Haa..masih ingat pada Miky n Kity? Ini la pengganti depa..
Mula2 ingat nak boh nama Baba n Nyonya sbb diekor ni berasal dr Melaka, dibantainya gelak pecah perut si Amir Luqman..So aku pong tukau nama depa ke Dony n Mary..
Hehehe..depa ni si Muzaffar, owner Mosaic Rabbits Farm yang tlg hantau..

Mase si Muz hantau tu  (23 Apr.), umur dalam sebln 10 hr..tp alhamdulillah setakat hari ni diekor segau, megau le nampaknya.. Semakin aktif..sesekali kasi lps sgkar..bak kate si Amir Luqman ngan Aein Amira..kasi jogging..hehehe..
Yang ni lak Dony, buck

Memang nak terserlah teddy bearnya depa nih..hehehe















Semoga dengan adanye gandingan dua ekor TB ni akan memeriahkan lg Muzbunnyncavyfarm.. Insya'Allah..Amiiinnn...

Wednesday, 18 May 2011

Pengganti Timmy..Jerry!

Penampilan tersendiri Jerry..tricolor..

Tricolor + red eye..
Ni la teman rapat tapi mesra yang baru untuk Jessy..Kira kawan ngan si Teddy la jugak..hehehe.. Umur mase amik 6 bulan..satu breed dgn Timmy, sheltie GP..
Dia ni aku amik dari shafiq ridwan, bandar manjalara kepong pada hari yang sama Teddy dilahirkan (amik Jerry petang, malam tu Teddy lahir)..kira da mmg rezki kami la tu..
La ni kami ader tiga ekor GP la.. 1 sheltie, 1 abbysinian n 1 normal/american..Tapi aku plan nak carik sheltie betina lak..

Jessy da ader kawan..

nama baby GP ni anak2 aku kasi nama Teddy..

Jessy bersama babynya, Teddy (boar )
Sekarang Jessy tak sunyi lagi sebab da ader kawan..Teddy nama dia..jenis normal GP..ini breed ikut atuk Teddy..namanya aku da lupe (kat Juju n Joe)..

Bile kami pulang dari downtown bukit dukung dalam kul dekat 12 malam, wife aku perasan macam ader sekor lagi dalam sgkr Jessy..rupenya Jessy dapat baby..

Tapi..subuh esoknya aku perasan mcm ader menatang lain lak kat dlm sgkr Jessy..rupe2nya TIKUS! telah cuba mengancam keselamatan dua beranak nih..

Jadi konklusinya..kematian Timmy berkemungkinan disbbkan oleh TIKUS!..Bajingan ni telah menggigit Timmy sampai mati walaupun xde kesan darah..makan dalam la kot..Hari tu jugak aku carik perangkap TIKUS! untuk aku musnahkan mereka..Hasilnya sebanyak dua ekor TIKUS! telah berjaya ditamatkan riwayat..Sekarang aku masih cuba memerangkap sakibaki TIKUS! yang mengganggu ketenteraman pets dan family aku..

Monday, 16 May 2011

Timmy da mati!

Kematian yang agak tragik..tiada kesan darah atau gangguan luar..
Balik dari kerja, kami terkejut bila wife aku nampak Timmy da terbujur kaku tepi cage dia..Pg sblm gi kerja elok je dia minx mkn cam biasa..aleh2 kau pergi jua Timmy..Punca kematian aku tak tau..










Dalam Kenangan...
My Timmy has gone! far far away..














Jessy mencari2 teman yang telah pergi..Timmy..
Jessy tinggal keseekoran tanpa teman..kena carik pengganti Timmy la pulak..takut anti Jessy stress smpai mati..

Thursday, 12 May 2011

Ape nama menatang nih?

Saper yg penyabor n terer makan ketam jek boleh menikmati udang ni dgn aman. Mcm aku kureng sket..selalunya wife tercinta yg  kopekkn..
Sape penah makan menatang ni? ini antara penghuni laut cina selatan terutama di sekitar perairan Sabah dan Sarawak yang mendapat sambutan penggemarnya. Lau tak silap ni le udang ketak. Ader yang panggil udang lipan..Lau saper gemor makan ketam mmg bleh makan natang nih!..Isinya tak brape la sgt, mahal lak tuh..berat dek cengkerang je natang nih.. Wife aku wak balik dari Labuan..

Penyabor mcm si Miky nih..sampai terlena menunggu udang masak..har!har!har!..

Wednesday, 11 May 2011

Timmy, Jessy n My Kids

Jessy (kiri) mencarik2 ruang utk meloloskan diri, si Timmy tgh menjamu rumput..
Post kali ni aku letakkan gambar Timmy n Jessy main kat luar sgkr. Kasi bebas sket n at the same time blh menjamu selera dgn rumput yang ader..









Jessy: Boleh bukak x sket lubang tu? Aein: Maaaanyak canteeek! makan je rumput tuh!
Pergerakan mereka dikawalselia oleh Aien.. Lau terlepas mau naya gak..sebab guinea pig ni laju gak lariannya..hehehe..










Amir n Aein, pewaris Muz BunnynCavy Farm.. Insya'Allah..

Tuesday, 10 May 2011

Hukum Memelihara Haiwan Dalam Sangkar

Apakah hukum memelihara binatang peliharaan seperti hamster, tikus, arnab, arkus dan sebagainya di dalam sangkar seperti yang dijual di kedai-kedai binatang peliharaan?

jawapan:
Harus hukumnya memelihara binatang peliharaan seperti burung dan seumpamanya di dalam sangkar untuk melihat kecantikan atau mendengar kemerduan suaranya dengan syarat binatang tersebut diberi makan dan minum dan tidak dizalimi.
Di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim ada riwayat tentang saudara Anas bin Malik yang digelar Abu Umair (أبو عمير) ada memelihara burung yang bernama al-Nughair (النُّغَيْرُ seekor burung kecil). Suatu hari burung itu mati, lalu Abu Umair (masih budak) sedih dengan kematian burung kesayangannya itu. Lalu Nabi saw bergurau dengannya sambil bertanya: “Wahai Abu Umair, apa yang terjadi kepada al-Nughair.?”
Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini di dalam Fath al-Bari berkata:
“Hadith ini telah dijadikan dalil atas keharusan mengurung burung (memeliharanya di dalam sangkar), kerana Nabi saw tidak mengingkari perbuatan Abu Umair.”


Al-Syeikh Abdul Azizi Abdullah bin Baz pernah ditanya dengan soalan ini:
“Apakah hukum orang yang menghimpunkan burung di dalam sangkar agar anak-anaknya bergembira/berhibur dengan burung-burung tersebut?”
Jawapan beliau: “Tidak mengapa perkara itu, jika disediakan kepada burung-burung tersebut keperluannya seperti makanan dan minuman, kerana asal dalam perkara ini adalah halal, dan tidak ada dalil yang menyatakan sebaliknya setakat pengetahuan kami.” (Fatawa Ulama’ al-Bilad al-Haram, m.s. 1793)


Para ulama al-Lujnah al-Daimah berkata:
“Menjual burung yang cantik seperti burung kakaktua atau burung yang berwarna-warni dan burung kecil (البلابل) kerana suaranya adalah harus, kerana melihat dan mendengar suaranya perkara yang harus, tidak terdapat nas syara’ yang mengharamkan menjual dan memilikinya. Bahkan terdapat dalil yang boleh difahami akan keharusan mengurungnya jika diberi kepadanya makanan dan minuman dan apa yang sepatutnya. Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada hadith Anas bin Malik, katanya:
‏ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا ، وَكَانَ لِي أَخٌ يُقَالُ لَهُ أَبُو عُمَيْرٍ ، قَالَ : أَحْسِبُهُ فَطِيمًا وَكَانَ إِذ
ا جَاءَ قَالَ يَا أَبَا عُمَيْرٍ مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ ؟ نُغَرٌ كَانَ يَلْعَبُ بِهِ
Maksudnya: “Nabi saw adalah seorang yang paling baik akhlaknya dan aku punyai seorang saudara yang dipanggil Abu Umair, aku mengira dia seorang budak yang sudah berhenti susuan, dan apabila Nabi saw datang, baginda akan bertanya: Wahai Abu Umair, apa yang telah dilakukan al-Nughair?” Nughar (sejenis burung kecil) yang dimain oleh Abu Umair…” al-Hafidz Ibn Hajar di dalam Syarhnya kepada Sahih al-Bukhari “Fath al-Bari” ketika menyebut beberapa faedah dari hadith ini berkata: “pada hadith ini adanya keharusan seorang budak bermain dengan burung, harus ibu-bapa meninggalkan anak kecil mereka bermain dengan apa yang diharuskan mereka bermain, harus menafkahkan sejumlah harta untuk keseronokan anak kecil dari perkara-perkara yang harus dan harus mengurung burung di dalam sangkar atau seumpamanya….” (Fatwa al-Lujnah al-Daimah, 13/38-40)

dipetik dari tulisan Mohamad Abdul Kadir Sahak dalam
http://
soaljawab.wordpress.com/2008/03/20/hukum-membela-haiwan-dalam-sangkar/#more-842

Jessy - my sow guinea pig

Timmy (kiri) bersama cagematenya Jessy
Jessy ni aku amik dari Juju n Joe. Diorang dah lama sket dari aku dalam bab bela guinea pig ni. Termasuk Jessy diorang ader enam ekor. Mase aku amik dia ni..dia da ader sekor anak at the same time mak dia pong bunting gak..

Timmy takut2 dengan Jessy ni sbb Jessy garang sket kat dia.
So, tak lamer aku amik dia ni, mak si Jessy ni pong da slamat lahirkan dua ekor lg. Macam aku tulis tadi temasuk Jessy ader enam ekor la sumenya. Tapi dari penilaian dan pembacaan aku rase si Jessy ni pregnant jugak nih.. Sbb si Timmy mmg selalu kena kencing n gigit dgn si Jessy ni. Untuk pengetahuan sume si Timmy aku tu jenis sheltie, si Jessy lak jenis abbysinian. So setakat gambar ni diamik aku ader dua ekor arkus/guinea pig n dua ekor rabbit (sebelum diamik oleh Juju n Joe)..

Monday, 9 May 2011

Bunny la pulok

Ni la rabbit/bunny aku...

Miky
Mase memula amik dulu umor depa ni dalam 2bln 1 mgu..mase gmbr ni aku amek umor da msk 8 bulan.. Tuan asal depa kate yg ni sepasang.. ye ye la aku percaya..psl mase tuh aku krg ilmu lg bab-bab telek jantina menatang nih..aleh2 bile da msk umur 7 bln still nothing..bile dua2 duduk nmpk mendada, haa..sahlah yg Miky n Kity ni betina..hampeh! so maleh teman nak pikior sgt, teman juai je ke Juju n Joe..Depa ade 3 pejantan.. TQ Juju n Joe sbb sudi jage depa.
Kity

my first cavy- Timmy

Timmy ni aku amik dari tuan dia pada 30 jan 2011..dia ni memang manja giler..tapi dalam 3 hari aku baru perasan yg dia ade masalah dgn gigi yg panjang. So tu pasal aku kena hancurkn makanan tuk dia.. dia ade la sket selera tuk makan.. tuan lama dia tak jaga dgn baik, nmpk kurus n blh rase tulang selangka.. tapi aku try beri yg tebaik tuk dia.. 

 begitu tekun si Timmy menjamah makanan.. mmg manja dan x kesah sgt lau usap-usap dia time makan...ni lah my first guinea pig..Timmy!

Thursday, 5 May 2011

Pembinaan kondo fasa ketiga

Pembinaan kondo telah masuk fasa ketiga. Membina pintu sangkar. Aku target boleh masuk tiga GP family breed. Buat sementara sume yang ada kena tinggal kat seting garden dulu.

Recycle!Recycle!Recycle!

Tray 3 tier yang dah lama terbuang ni aku recycle jadikan kondo utk guinea pig.  So lihatlah di sekeliling anda kot2 ade yang boleh mendatangkan faedah dan berguna untuk pets kesayangan anda..
Gambar kondo untuk guinea pig yang dalam proses fasa kedua selepas dibuang segala benda yang tak berguna dan dicat hitam. Fasa ketiga ni  memasang dawai...Turut kelihatan asistan kontraktor...

Wednesday, 4 May 2011

Timmy - My first guinea pig
Assalamualaikum dan Selamat Datang. Blog ini direka untuk semua pecinta haiwan kesayangan. Khususnya arnab dan arkus (guinea pig). Sama-samalah berkongsi idea dan pandangan agar dapat diperbaiki segala kekurangan dan kelemahan. 
Blog ini juga adalah inspirasi kepada saya untuk berjaya sebagai penternak kedua-dua jenis haiwan di masa hadapan.